RASIONAL PENGGUNAAN LOGO GANDINGAN UTM

PENGENALAN : Garis panduan ini merupakan dokumen rujukan bagi menjelaskan tatacara representasi Logo Gandingan UTM (Logo UTM Khas bersama logo Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit)

ISTILAH

‘Logo Gandingan UTM’ : Merujuk kepada Gandingan bersama logo UTM dan logo Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit yang ditubuhkan dengan mendapat kelulusan mengikut peruntukan Universiti Teknologi Malaysia.

LATAR BELAKANG

Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit memberi sumbangan yang signifikan kepada kemajuan dan kecemerlangan sesebuah universiti. Melihat kepada keadaan semasa, UTM telah berkembang dengan pesatnya seiring dengan perkembangan globalisasi dengan meletakkan diri untuk berdaya saing dan berdaya tahan supaya berada dalam kelompok IPTA terbaik di peringkat tempatan dan antarabangsa. Justeru, gandingan logo Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit bersama logo rasmi UTM adalah relevan dan sesuai untuk memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang peranan dan fungsinya dalam membantu pembangunan kecemerlangan ilmu di UTM.

Reka bentuk khas logo UTM bagi tujuan digandingkan bersama logo Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu dan Unit
Penggunaan logo UTM khas yang berbentuk empat segi sama seperti yang ditunjukkan HANYA DIBENARKAN bagi tujuan untuk digandingkan bersama dengan logo Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu, Bahagian dan Unit. Ianya dinamakan sebagai Logo Gandingan UTM.

Spesifikasi Teknikal Logo :

Representasi Logo Gandingan UTM

Representasi Logo Gandingan UTM (Kelab, Persatuan, Pusat Penyelidikan Bersekutu,Bahagian dan Unit)

Representasi Logo Gandingan UTM adalah seperti berikut:
1. Bagi representasi Logo Gandingan UTM yang bersebelahan (horizontal) kedudukan logo UTM mestilah diletakkan di bahagian KIRI manakala logo gandingannya perlu diletakkan di bahagian KANAN atau
2. Bagi representasi Logo Gandingan UTM menegak (vertical) kedudukan logo UTM Khas mestilah diletakkan di bahagian ATAS manakala logo gandingannya perlu diletakkan di bahagian BAWAH

Cara representasi logo mestilah mengikut ketetapan berikut:
1. MESTI diletakkan secara BERSAMA di dalam apa juga jenis penghasilan karya grafik.
2. Spesifikasi ukuran jarak antara kedua logo adalah pada 0.1cm

Contoh representasi Logo Gandingan UTM :

Zon Eksklusif pada Logo Gandingan UTM
Untuk memastikan Logo Gandingan UTM tetap terpelihara dari segi representasinya, adalah tidak dibenarkan sebarang imej atau grafik yang lain berada di sekeliling logo. Zon terperlihara ini dinamakan sebagai Zon Eksklusif.

Ukuran Zon Eksklusif iaitu jarak di antara Logo Gandingan UTM dan imej grafik yang lain adalah 1.0 cm. Jarak ini adalah bertujuan memastikan keterlihatan dan serlahan Logo Gandingan UTM terjamin.

Penggunaan Variasi Warna Logo Gandingan UTM
Berikut adalah contoh Logo Gandingan UTM yang digambarkan dalam variasi warna:

  1. (i)  Merah pulasan (maroon) dan putih
  2. (ii)  Apabila warna merah pulasan (maroon) tidak dapat digunakan, logo Gandingan UTM boleh diperlihatkan dalam skala kelabu (grayscale), hitam atau putih.
Logo Gandingan UTM dengan Padanan Warna Latar
Apabila memilih warna, adalah mustahak untuk menimbangkan pilihan yang terbaik untuk memberi tumpuan utama kepada maklumat yang jelas, berkesan dan melengkapi imej yang dipilih. Perbezaan yang ketara antara warna Logo Gandingan UTM dan warna latar adalah penting dan perlu diberi keutamaan.

(a) Contoh Logo gandingan UTM yang disesuaikan dengan warna latar yang cerah

(b) Contoh Logo gandingan UTM yang disesuaikan dengan warna latar yang gelap

Penggunaan Warna Emas (Gold) dan Perak (Silver) dalam Logo Gandingan UTM
Dalam keadaan tertentu Logo Gandingan UTM boleh diperlihatkan dalam warna emas atau perak tetapi ia perlu dilakukan dengan teliti dan cermat. Pemilihan Kolateral dan material bagi tujuan cetakan khas juga turut mempengaruhi variasi warna eksklusif ini. Kebiasaannya pemilihan varisi warna eksklusif ini hanya untuk pelbagai permukaan cenderamata, acara khas dan majlis diraja.

Logo Gandingan UTM dalam Warna Emas (Gold) dan Perak (Silver) : 

Reprentasi Logo Gandingan UTM yang SALAH
Berikut ditunjukkan beberapa contoh representasi Logo Gandingan UTM yang SALAH.

Sensitiviti Agama dan Kaum
Logo UTM tidak boleh dikaitkan dengan rekaan logo yang mempunyai ciri melanggar sensitiviti agama dan kaum.
Contoh Representasi Logo Rasmi UTM bersama Logo Kementerian dan Logo Agensi Luar
Representasi Logo Rasmi UTM Diikuti Logo Rakan Kolaborasi/Agensi Luar/ lain-lain

Logo rasmi UTM MESTI diletakkan di bahagian KIRI sekiranya UTM berkolaborasi dengan agensi luar dan posisi UTM adalah sebagai tuan rumah (host). Penggunaan logo UTM berbentuk empat segi sama adalah TIDAK DIBENARKAN digunakan dalam konteks Universiti menjalinkan kerjasama dengan agensi luar. Representasi kedua-dua logo mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan menggunakan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya jumlah logo rakan kolaborasi UTM terdiri daripada tiga(3) entiti atau lebih, ianya mestilah diletakkan secara beriringan di bawah logo UTM. Contoh menunjukkan kedudukan logo UTM apabila berkolaborasi dengan agensi luar.
Representasi Logo Rasmi UTM bersama Logo Kementerian

Penggunaan logo UTM MESTI diletakkan di bahagian KANAN sekiranya digandingkan dengan mana-mana logo kementerian. Penggunaan logo UTM berbentuk empat segi sama adalah TIDAK DIBENARKAN digunakan dalam konteks Universiti menjalinkan kerjasama bersama pihak kementerian. Representasi kedua-dua logo tersebut mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan mengambilkira logo kementerian mestilah didahulukan. Contoh menunjukkan kedudukan logo UTM apabila berkolaborasi dengan pihak kementerian.